Assalamualaikum and Good Morning :)
pagi ini saya berfikir,
saya masih bosan.
mengapa ye?
adakah kerana ini semua bukan seperti yang saya mahu?
mungkin juga bukan seperti yang Dia mahu.
pagi ini saya berfikir,
saya masih rasa bersalah.
dengan apa yang saya lakukan.
tolonglah.
saya ingin ubah keadaan ini.
awak,
hari hari kita texting.
calling mungkin jarang sekali.
berjumpa apatah lagi.
mengapa kita masih begini?
awak, kita saling menyayangi.
saling mengasihi.
saling merindui.
bahkan saling mencintai.
tidak kah kita mahu ubah cara ini?
ya,
dengan cara yang lebih diredhai.
awak, saya tahu.
kita masih belum berkemampuan.
tapi kita masih boleh bertahan bukan?
hmm,tidak sekarang.
awak,saya dah tak mampu menanggung rasa.
rasa rindu yang menebal.
rasa sayang yang melampau.
rasa kasih yang tidak tahu hendak di salur ke mana.
awak, mahu tahu sesuatu?
saya dah tak larat nak pangkah kalendar ni.
awak,
saya ada sesuatu untuk awak.
ya, gambar di bawah ni.
yang disebelah kiri tu, mak saya.
yang sebelah kanan,
yang handsome,
berjubah putih,
berserban tu, ayah saya.
bila awak nak salam tangan wali saya?
ikhlas dari saya.
No comments:
Post a Comment