Tuesday, May 21, 2013

Awak dan Saya - part II

Assalamualaikum


kepada awak yang saya sayang.
mereka tidak tahu.
yang saya sayang awak.
yang saya bahagia berkawan dengan awak.

yang mereka tahu,
mereka tidak suka saya begini.
tidakkah mereka tahu,
yang saya sayangkan awak.

berkawan dengan awak,
tidaklah sesempurna seperti menggapai syurga Illahi,
tapi tidak bermaksud
kita meninggalkan suruhanNya.

mengapa mereka yang menjadi penghukum?
sedangkan mereka insan biasa yang tidak tahu apa apa,
sudahnya mereka tegar pisahkan kita.
apa hak mereka?

kau jangan buat kerja Tuhan,
yang menghukum dan menilai itu Dia,
bukan kita.
kau siapa?

tidakkah mereka tahu,
kita senang bersama?
kita tersenyum gembira
kita berdua lengkap begitu sahaja.

ya, awak bukan kawan saya yang sempurna.
saya juga tidak sempurna.
tapi itu tidak bermaksud kita jahat.
tidak.

hanya kerana kita menjadi tidak matang,
berseronok bersama,
membuat kerja gila bersama, 
mereka terus berkata bukan bukan?

awak,sudah lah.
mari bersahabat dengan saya.

awak tahu tak.
yang sejak awak berkawan dengan saya,
awak dah pandai solat tanpa telekung.
itu bermakna, awak keluar dengan menutup aurat.
saya gembira.

bukankah ini yang dinamakan bersahabat?

awak,
saya rindu.
saya sayang,
awak.




sincerely from your lovely syrek.



No comments:

Post a Comment