Monday, February 7, 2011

tiada HARI KEKASIH sebelum bernikah~

salam mahabbah semua~
bulan februari sering dikaitkan dengan bulan kasih sayang...
terutamanya orang terlalu obses dengan valentine day,yang tidak ada kena mengena langsung dalam ISLAM.
sedikit sebanyak mengenai sejarah VALENTINE DAY..

Salah satu versi terkuat menyatakan asal usul sejarahValentine's Day bermula di sekitar tahun 270M, di zaman pemerintahan Maharaja Rom iaitu Maharaja Claudius II yang zalim. Rom ketika itu terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya.
Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Pasa pandangan beliau sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menjadi tentera ialah kerana mereka sukar meninggalkan kekasih dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Claudius telahmengharamkan semua perkahwinan dan pertunangan di kalangan masyarakat Rom.
Saint Valentine merupakan salah seorang paderi Rom ketika itu. Beliau bersama seorang paderi lain bernama Saint Marius secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Akibatnya beliau telah ditangkap, dipenjara dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tanggal 14 Februari tahun 270M. Beliau dianggap 'syahid' oleh para penganut Kristian ketika itu.

Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, ramai golongan muda menziarahi Saint Valentine semasa beliau di dalam penjara sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorang yang kerap mengunjungi beliau ialah anak gadis kepada seorang pengawal penjara yang akhirnya membibitkan perasaan kasih sayang di antara mereka. Pada hari Saint Valentine dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan sekeping nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan perkataan "Love from your Valentine". Menurut sejarah, nota inilah yang memulakan budaya Valentine's Day.



budaya valentine langsung tiada kena mengena dalam ISLAM..
mengapa perlu menyambut valentine????
padahal hari kasih sayang itu boleh disambut bila2 sahaja...setiap hari..tiap masa..
Allah kasihkan umatnya yg berkasih sayang..
asalkan mengikut batasan yg dah ditetapkan dalm ISLAM.

masih ada banyak cinta lain yg perlu dikejar..
first and foremost,our Creator..Allah SWT
2nd,our prophet..nabi Muhammad SAW.
3rd,mak ayah kita..adik beradik..saudara seislam.
bg yang sudah berkahwin..cinta suami,cinta isteri,kasih anak-anak..

berbalik kepada tajuk post ni...
jalan terbaik nak sambut hari kekasih adalah pernikahan..
bersabarlah...
kerana yang manis menanti anda semua.. =)
redho Allah menanti jua..

p/s: kasih  sayang boleh ditambah dan dikuatkan setiap hari..tidak perlu valentine day..


13 feb- sanah helwah <3
syukran for being a part of my life..

REMEMBER!!

tiada HARI KEKASIH sebelum NIKAH..

sekian,wassalam..







No comments:

Post a Comment